Bertandinglah Di Seputeh, Di Bukit Bintang, Jangan Kacau Kerusi UMNO – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menasihatkan ahli-ahli parlimen UMNO yang meninggalkan parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar memilih kerusi parlimen lain untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ahmad menjelaskan, kerusi-kerusi yang dimenangi ketika PRU14 adalah milik UMNO dan ia wajar diserahkan kembali kepada parti itu.

Beliau menjelaskan, mereka yang meninggalkan parti boleh memilih kerusi parlimen lain seperti Bukit Bintang, Seputeh dan lain-lain yang bukan milik UMNO.

“15 kerusi mereka bertanding dengan logo Barisan Nasional, mereka mewakili UMNO di 15 kawasan itu, satu lagi di Labuan melompat ke Warisan. Yang melompat ke PPBM ini ada antara mereka menyebut, itu kerusi mereka, itu tidak betul, itu kerusi UMNO, itu kerusi BN.

“Jadi yang 15 ini, mereka boleh bertanding di Bukit Bintang, Seputeh, Kepong, boleh berlawan di itu, bukankah mereka semua demokrat yang ada kekuatan untuk bertanding di kawasan ini.

“Yang kerusi UMNO minta maaflah Datuk-Datuk, Yang Berhormat-Yang Berhormat, kerusi UMNO kami nak,” katanya dalam satu temu bual yang disiarkan di UMNO Online.

Isu kerusi yang dimenangi oleh bekas-bekas ahli parlimen UMNO dikatakan antara punca rasa tidak puas hati pemimpin parti itu dengan Bersatu.

UMNO sehingga kini bertegas mahu bertanding disemua kerusi yang dimenanginya dalam PRU14 yang lalu.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat