“Tidak ada kartel, kalau ada kartel …dia lah” – Muhyiddin bidas Rashid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya Bersatu Selangor dikuasai oleh ‘kumpulan kartel’.

Mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, bahawa ‘kumpulan kartel’ itu punca dia menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Muhyiddin sebaliknya menuduh Adun Selat Kelang itu sebagai dalang.

“Tidak ada kartel. Dia kata kartel, mana ada kartel.

“Parti Bersatu bergerak atas landasan perlembagaan dan peraturan. Dia pun (penyandang) timbalan ketua Bersatu Selangor.

“Kalau berkartel, kartel dengan dialah,” katanya di Putrajaya lapor Malaysiakini pada Isnin.

Turut hadir, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Rashid yang juga bekas pengerusi Bersatu Selangor, sebelum digantikan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa pucuk pimpinan parti di Selangor kini telah dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang “baru sehari dua” menyertai parti.

Walaupun tidak menyebutkan nama, difahamkan dia merujuk kepada bekas timbalan presiden PKR itu dan penyokongnya yang menyertai Bersatu selepas Langkah Sheraton pada 2020.

‘Kartel’ adalah terma digunakan oleh di kalangan ahli PKR merujuk kepada Azmin dan 10 ahli parlimen parti itu yang berpaling tadah sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Feb 2020.

Azmin yang juga adalah ketua pembangkang Selangor dan Adun Hulu Kelang kini adalah pengerusi Bersatu yang baru menggantikan Rashid.

Mengulas lanjut, Muhyiddin meminta pemimpin Bersatu agar tidak mempersalahkan parti atas kesilapan sendiri.

“Jangan cari sebab atau dalil apabila dah melakukan kesilapan, maka menuduh parti.

“Ini satu perbuatan yang memang tak tanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, pagi ini Muhyiddin dan Hamzah hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Putrajaya untuk menyerahkan dokumen berhubung pindaan perlembagaan parti itu.

“Kami hari ini ke RoS menyerahkan dokumen-dokumen berhubung pindaan perlembagaan parti Bersatu berkaitan ‘terhentinya keahlian seorang Adun atau ahli Parlimen apabila mereka bertindak melanggar dasar parti, seperti yang berlaku baru-baru ini.

“Kita telah sempurnakan dengan tatacara dan peraturan yang dikehendaki RoS.

“Kami meminta RoS membuat keputusan dalam beberapa segera,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat