219 putera tamat pengajian Maktab Tentera Diraja (MTD)

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Seramai 219 putera Tingkatan 5 berjaya menamatkan pengajian selama tempoh dua tahun di Maktab Tentera Diraja (MTD) sesi akademik tahun 2023.

“Berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diberikan, akademik mahupun ketenteraan, putera MTD akan meneruskan kesinambungan pengajian dan kerjaya yang mendukung kepentingan negara khususnya dalam sektor pertahanan.

Kementerian Pertahanan (Mindef), melalui MTD menyediakan dan melatih para penuntutnya untuk berkhidmat dalam pelbagai bidang profesional antaranya bakal pegawai kanan ATM dan perkhidmatan awam serta pemimpin dalam bidang ikhtisas, perdagangan dan perusahaan negara.”

Menterinya, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata demikian dalam ucap utama majlis Perbarisan Tahunan MTD di Padang Kawad, Kem Perdana Sungai Besi pada Ahad.

Mohamed Khaled berkata, MTD merupakan harapan Mindef, bukanlah institusi pendidikan peringkat menengah biasa-biasa, ianya unik dan mempunyai makna, mandat serta matlamat yang tersendiri.

“Di sinilah kita mengesan dan menggilap bakat-bakat terbaik, disemai dengan iltizam dan minat bagi menyertai ketumbukan pertahanan serta memberikan sumbangan bermakna kepada negara dalam pelbagai lapangan.

MTD menawarkan silibus akademik yang dinamik dengan penerapan modul ketenteraan bagi melahirkan seorang pemimpin yang berwibawa, berketerampilan dan bersahsiah mulia sesuai dengan cogan katanya ‘Berkhidmat Memimpin ’.

Sektor pertahanan negara memerlukan bakat terbaik, harus digerakkan dan didukung oleh putera-putera terbaik yang dilahirkan oleh MTD. Mereka mahir dan pintar dalam segenap disiplin dan bidang, ”katanya.

Menurutnya, kerajaan telah berbelanja sehingga kira-kira RM21 juta setiap tahun untuk MTD termasuklah emolumen pegawai, guru serta kakitangan.

Malah Mindef telah memperuntukkan kira-kira RM27 ribu setiap putera MTD bagi membiayai segala keperluan dan kebajikan sepanjang dua tahun mereka berada di sini.

455 Putera menyertai Perbarisan Tahunan MTD di Kem Perdana Sungai Besi Kuala Lumpur Foto Kapten Mohd Zulkifli

“Pihaknya sentiasa komited dalam membangunkan ekosistem pendidikan dan kebajikan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya kepada perajurit yang sedang berkhidmat atau kepada ahli keluarga mereka khususnya anak-anak yang sedang bersekolah akan diutamakan, ”tegasnya.

Menurutnya, Mindef melalu Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memulakan program penabungan kepada pelajar Tahun 1 anak -anak ATM dari kumpulan anggota lain-lain pangkat.

Program ini dikenali sebagai Simpanan Pendidikan Madani (SPM) melibatkan sumbangan tabungan ke dalam akaun SSPN kepada 9,355 anak-anak ATM Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2024 dengan jumlah RM467,750.

“Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM15 juta disalurkan melalui Kementerian Pendidikan bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf untuk 29 buah sekolah termasuk sebuah MRSM di dalam kem tentera di seluruh negara, ”ujarnya.

“Anggota-anggota ATM yang siap siaga dan setia mempertaruhkan nyawa kepada negara, tidak seharusnya dibebankan untuk turut memikirkan sendiri aspek kebajikan diri dan keluarga mereka, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada perkara-perkara ini,” ujarnya lagi.

“Terima kasih kepada semua ahli lembaga pentadbir, pihak pengurusan yang diterajui oleh komandan, para pegawai, guru-guru, serta semua staf sokongan yang selama ini bertungkus lumus mendidik anak bangsa dan mengharumkan nama baik MTD.

Tahniah dan syabas diucapkan dengan kejayaan anak-anak putera pada hari ini, semuanya ini adalah berkat iringan doa dan kerja keras ibu bapa dan waris, ”tambahnya.

Dalam pada itu, memorandum persefahaman antara Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimeterai bagi penganjuran aktiviti dan program penabungan untuk anak-anak ATM kemasukan tahun 1 bagi tahun 2024 dan pelancaran kelab simpanan pendidikan PTPTN ke sekolah kebangsaan di bawah seliaan ATM.

Sementalah, Pegawai Rendah Muda Muhammad Hakimi Muhamad Higaruddin menerima Anugerah Menteri Pertahanan, Pegawai Rendah Kanan Muhammad Hafiz Irfan Hadzri (Anugerah Komandan), Putera Kanan Kong Deng Xu (Anugerah Pengarah Pengajian) dan Putera Kanan Anas Abd Hamid (Anugerah Lembaga Tadbir) manakala Kompeni Alpha meraih Anugerah Kompeni Komandan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Mindef, perbarisan ini diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Muhammad Remy Hakimie Mohamad Rofiee dari Kompeni Charlie melibatkan seramai 455 Putera terdiri daripada 219 Putera Tingkatan 5 dan 236 Putera Tingkatan 4.

“Perbarisan ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan bertujuan menghargai dan mengiktiraf kejayaan Putera Tingkatan 5 yang telah berjaya menamatkan pengajian selama tempoh dua tahun di MTD, ”katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Mindef, Datuk Seri Isham Ishak, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain. – SUARA. TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat