Sukarelawan warga emas diperlukan kajian vaksin COVID-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan antara 315 hingga 450 sukarelawan warga emas bagi menyertai kajian fasa tiga vaksin COVID-19.

Melalui ciapan dimuatnaik ke akaun Twitter rasmi KKM, golongan berusia 60 ke atas diperlukan dan kajian itu turut menguji keberkesanan serta keselamatan vaksin bagi golongan berkenaan.

Katanya, individu yang berminat menyertai kajian itu boleh menghubungi sembilan hospital yang tersenarai iaitu Hospital Ampang, Hospital Umum Sarawak, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya (Pulau Pinang).

Turut tersenarai, Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), Hospital RajaPermaisuri Bainun (Ipoh), Hospital Taiping, Perak, Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah

Katanya, kajian vaksin itu diadakan secara kerjasama antara KKM dan Institut Perubatan Biologi, Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).

Katanya, setakat Selasa perkembangan terkini kajian membabitkan sukarelawan 18 tahun ke atas mendapati seramai 8,162 sudah menghubungi sembilan hospital terbabit bagi menyertai percubaan klinikal itu.

Sebanyak 50 peratus daripada mereka iaitu 1,512 sukarelawan direkodkan bersetuju menyertai kajian terbabit.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat