Berapa Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Suku Keempat 2020?

KUALA LUMPUR: Menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia 2020 pada tengah hari ini.

Maybank Investment Bank Berhad jangka ekonomi Malaysia menguncup 5.4 peratus pada 2020, berdasarkan unjuran awal syarikat itu.

Dalam masa yang sama, AmBank Research menjangka ekonomi Malaysia menguncup sekitar 5.5 peratus pada tahun 2020.

Ini berbanding 4.3 peratus pada 2019 berikutan petunjuk ekonomi yang lemah susulan krisis pandemik COVID-19.

AmBank Research turut menganggarkan KDNK Malaysia berlegar antara -3.2 peratus dan -3.5 peratus pada suku keempat 2020.

Menurut laporan Bernama, ini disebabkan pengeluaran perindustrian dan eksport yang lemah serta kadar pengangguran yang tinggi dalam suku berkenaan.

Untuk suku keempat 2020, pengeluaran perindustrian dan eksport Malaysia masing-masing pada -0.3 peratus dan 5.2 peratus sementara kadar pengangguran pada 4.8 peratus.

Ia menambah prestasi perindustrian bercampur-campur dan data menunjukkan pertumbuhan tahunan enam bulan yang negatif terutamanya disebabkan oleh impak daripada pandemik COVID-19 dan langkah-langkah sekatan yang diambil.

Sementara itu, langkah-langkah sekatan dalam suku keempat 2020 menyaksikan jumlah pengangguran meningkat kepada 772,900 berbanding 737,500 pada akhir suku ketiga 2020.

Ram Rating Services Bhd pula menjangka ekonomi Malaysia pada suku keempat menguncup 2.8 peratus susulan langkah sekatan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Agensi penarafan kredit itu menjelaskan suku keempat akan menjadi sukuan ketiga ekonomi negara catatkan penguncupan pada 2020.

Ia jangka ekonomi malaysia menguncup 5.4 peratus pada 2020.

Menurut Ram, penguncupan pada suku keempat 2020 dijangka lebih ketara berbanding dengan suku ketiga 2020.

Agensi itu turut menjangkakan semua sektor lain merekodkan penguncupan dengan jualan runcit antara sektor yang terjejas paling teruk dengan kadar penguncupan 2.9 peratus pada suku keempat 2020.

Ia menjelaskan ekonomi domestik dijangka akan menghadapi cabaran seterusnya pada suku pertama 2021 berikutan penguatkuasaan PKP 2.0 -Astro Awani

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

Pengeluar kertas terbesar Asia melabur RM5.4 bilion di Malaysia

KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar kertas dan ‘paperboard’ terbesar di Asia, Nine Dragons Paper (Holdings) Limited memberikan komitmen untuk menambah pelaburan sebanyak RM5.4 bilion...

Pelabur Asing Lupus RM477.5 Juta Ekuiti Minggu Lalu

KUALA LUMPUR – Pelabur asing melupuskan sebanyak RM477.5 juta ekuiti tempatan pada akhir minggu bulan lalu berbanding RM466.4 juta pada minggu sebelumnya. Ketika pasaran dibuka...

Negara Rugi RM300 Juta Sehari

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua (PKP 2.0) yang membenarkan lebih banyak sektor ekonomi semasa dibuka menyaksikan kerugian negara berkurangan kepada RM300...