Tak baik Koo Ham kaitkan pembangkang lempar bom petrol – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengaitkan Bersatu dan PAS dalam insiden tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagaimanapun pada masa sama mengingatkan dalam urusan agama Islam ini tak perlu dicampuri oleh pihak luar yang tidak berkaitan, kerana apabila dicampuri, orang Islam akan bangkit tanpa perlu diapi-apikan.

Sebab itu daripada menuduh, sepatutnya beliau memohon maaf dan insaf tanpa menuduh orang lain, tegas Setiausaha Agung Bersatu itu lagi.

“Perbuatan khianat pihak tertentu membaling ‘molotov cocktail’ ke kediaman Datuk Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas, sehingga menyebabkan beberapa kenderaan pemimpin DAP itu terbakar tidak boleh diterima sama sekali dan perlu diadili melalui tindakan undang-undang.

“Polis perlu segera memburu dalang sebenar di sebalik kejadian khianat itu kerana perbuatan tersebut bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang, tetapi juga mencabuli prinsip kehidupan bermasyarakat di negara ini yang sememangnya terkenal dengan suasana aman dan harmoni, gesa Hamzah.

Beliau yang juga ahli Parlimen Larut menasihatkan supaya semua pihak perlu mengambil ikhtibar daripada kejadian sebegini agar berhati-hati dalam melontarkan sesuatu pandangan, apatah lagi jika ianya menyentuh mengenai hal-hal sensitif kerana kita tidak mahu disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga, sedangkan nikmat keamanan yang dikecapi ini tidak dibina dalam tempoh semalaman.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat