SIRIM berjaya selesaikan masalah bekalan air bersih di lokasi banjir – Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – SIRIM Berhad telah berjaya menghasilkan produk sendiri iaitu pam penapisan air yang bertujuan menyalurkan bekalan air bersih di lokasi terputus bekalan air.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, sistem ini menggunakan teknologi membran yang mengandungi ‘filtration media’ mengikut kesesuaian sumber air yang digunakan untuk menghasilkan 2,000 liter air sejam bagi kegunaan 1,000 orang pengguna.

“Bila cakap pasal SIRIM, ramai orang ingat cop SIRIM kat perkakas elektrik saja tapi peranan SIRIM sebenarnya lebih daripada itu. Kini SIRIM berjaya menghasilkan pam penapisan air untuk disalurkan bekalan air bersih ke lokasi terputus bekalan air.

“Sistem ini dibangunkan untuk menapis air dari sumber-sumber air di permukaan seperti air sungai, air parit, mahupun air banjir bagi menghasilkan air bersih untuk kegunaan memasak, mandi dan membasuh.

“Air yang dihasilkan ini dijamin bersih dan selamat serta setanding dengan air bersih yang dibekalkan oleh operator perkhidmatan bekalan air di negara ini,” katanya.

Beliau menyatakan, tiga unit pam yang dihasilkan telah diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk dijadikan aset setiap kali berdepan bencana banjir.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga telah menempah 20 unit lagi pam penapisan air itu daripada SIRIM untuk persediaan akan datang.

“Keyakinan terhadap SIRIM semakin terserlah apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat meminta SIRIM menghasilkan pam air berkuasa tingginya sendiri, bagi membantu mengatasi isu banjir di sesuatu kawasan, termasuk banjir termenung,” ujar Tengku Zafrul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat