Rasuah Agong RM1 bilion: Muhyiddin ingatkan PH, konco tak libatkan institusi Raja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan konco-konconya supaya tidak mengheret institusi Raja Berperlembagaan dalam taktik fitnah politik yang amat jahat dan kotor ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mengingatkan supaya PH dan blok kerajaan tidak memfitnah orang lain semata-mata untuk menutup pekung kelemahan dan kegagalan diri sendiri.

“Malaysia mempunyai peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan cara-cara serta kaedah yang sah dalam pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan.

“Perlembagaan Persekutuan membenarkan sebuah kerajaan dibentuk sama ada melalui pilihan raya atau di luar pilihan raya, iaitu apabila atas apa jua sebab Perdana Menteri meletakan jawatan.

“Peruntukan Perlembagaan ini mestilah dipatuhi dalam menentukan sebarang pembentukan atau pertukaran kerajaan,” tegas Presiden Bersatu itu dalam kenyataan pada Khamis.

Muhuyiddin berkata demikian berkait tuduhan bahawa PN merasuah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan adalah satu fitnah melulu yang jelek, keterlaluan dan tidak masuk akal.

“Fitnah jahat ini disambut pula oleh beberapa tokoh PH termasuk yang berjawatan di dalam kerajaan.

“Saya percaya mereka yang membuat dan menyebar fitnah ini melakukan kesalahan berat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

“Laporan polis telah dibuat oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin selaku Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung PN supaya mereka yang berkenaan disiasat dan diambil tindakan tegas,” jelas Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat