Malaysia, Singapura meterai MOU untuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berada di landasan untuk direalisasikan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Singapura hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong menyaksikan majlis menandatangani MoU itu oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong.

Anwar turut menjadi hos majlis makan tengah hari untuk Lee dan delegasinya, yang sebelum itu menghadiri penyempurnaan span antara Malaysia dan Singapura untuk Rapid Transit System Link (RTS Link).

JS-SEZ dijangka meningkatkan lagi perdagangan antara Johor dan Singapura, dan boleh berkembang maju seperti bandar raya Shenzhen di China, yang menjadi bukti kejayaan sebagai sebuah zon ekonomi khas.

Kedua-dua negara bekerjasama antara satu sama lain untuk mewujudkan zon ekonomi khas, bersebelahan dengan sempadan Singapura untuk memupuk hubungan perniagaan yang lebih kukuh dan meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara, dalam rantau Asia Tenggara berusaha untuk menangani kelembapan ekonomi global.

JS-SEZ telah dicadangkan oleh Rafizi selepas pertemuan dengan kerajaan negeri Johor di Iskandar Puteri pada Mei tahun lepas dan kedua-dua negara bersetuju untuk mengorak langkah lebih jauh dengan mewujudkan pasukan petugas khas untuk mengkaji penubuhan zon ekonomi khas itu pada dua bulan kemudiannya (Julai).

Menurut Bernama, zon ekonomi khas itu juga dijangka menambah baik ekosistem perniagaan wilayah Iskandar Malaysia dan Singapura.

Antara sektor yang disasarkan zon itu ialah elektronik, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan berkaitan perniagaan dan penjagaan kesihatan.

Pada tahun lepas, Johor meraih pelaburan asing bernilai RM70.6 bilion dalam pelbagai sektor.

Singapura merupakan pelabur asing kedua terbesar di negeri itu, menyumbang kepada kira-kira 70 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing Johor dalam sektor pembuatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat