802 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000- Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyalurkan Bantuan Wang Ihsan di negeri itu sebanyak RM1,000 kepada 802 Ketua Isi Rumah yang terlibat dalam bencana itu baru-baru ini.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Bantuan Wang Ihsan ini disalurkan kepada 802 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir yang terlibat dalam bencana itu baru-baru ini.

”Bantuan Wang Ihsan ini disalurkan kepada 802 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di mana setiap KIR akan menerima sumbangan berjumlah RM1,000.” Kata Wan Rosdy menerusi catatan Facebooknya, pada Rabu.

Jelas beliau lagi, bantuan ini akan diserahkan kepada penerima selewat-lewatnya pada 16 Februari 2023.

Ujarnya lagi, bantuan ini merupakan peruntukan awal yang disalurkan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM1 juta kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Menurutnya lagi, tujuh daerah di Pahang telah terlibat dengan kejadian banjir iaitu Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Bera, Kuantan dan Pekan.

“Sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang berlaku baru-baru ini, tujuh daerah di Pahang telah terlibat dengan kejadian banjir iaitu Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Bera, Kuantan dan Pekan.

”Saya berharap mereka yang menerima Bantuan Wang Ihsan ini dapat menggunakan sumbangan ini untuk membeli barang keperluan dan perkakasan bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

”Saya juga berdoa semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT daripada segala musibah dan juga bencana” katanya.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat