Peperiksaan SPM Tidak Boleh Ditangguhkan Lagi – NUTP

543 pekerja Poh Huat positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Seramai 543 pekerja syarikat pengeluar perabot Poh Huat Furniture Industries Sdn Bhd (PHFI) dilaporkan positif Covid-19. Susulan itu Poh Huat Furniture akan...

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...

Jisoo BLACKPINK suka bahunya ditepuk-tepuk

Jakarta: Anggota BLACKPINK, Jisoo mengakui saat paling manis ketika bersama anggota lain adalah sewaktu bahunya ditepuk-tepuk terutama, ketika dia bersedih. Baginya, tepukan hangat dibahu itu...

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan Februari ini diteruskan meskipun ada kebimbangan peningkatan kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini.

Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya tidak mahu status cemerlang peperiksaan SPM terjejas kerana sijil berkenaan juga diiktiraf di banyak negara dan ia setaraf dengan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) di United Kingdom.

“NUTP mengharapkan agar peperiksaan SPM dapat diteruskan untuk pelajar SPM yang sepatutnya menduduki pada tahun 2020 itu untuk proses mereka memasuki fasa kerjaya dan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi berjalan lancar.

“Pelajar SPM yang memasuki umur 18 tahun ini juga sudah mampu berfikir secara matang dan sedar apa-apa yang berlaku akan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran dan memasuki era kerjaya. Mereka senang diurus oleh guru untuk berhadapan dari sudut aspek pematuhan pencegahan COVID-19,” katanya pada sidang media di sini selepas pelancaran aplikasi MyNUTP di sini, hari ini.

Pada masa sama, Aminuddin berkata NUTP juga berpendirian akan menyokong apa jua keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) sama ada untuk menangguhkan pembukaan sesi persekolahan sekiranya kes COVID-19 terus meningkat dan membimbangkan.

“NUTP yakin dalam proses pembukaan sesi persekolah pihak KPM akan membuat keputusan berasaskan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan analisis risiko semasa.

“Kami di pihak guru dalam keadaan apa sekalipun tetap bersedia menabur khidmat dan berharap aspek keselamatan dan kesihatan diberikan keutamaan dalam apa-apa hal berkaitan pembukaan sekolah,” katanya.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin semalam dilaporkan berkata KPM perlu menunggu pengumuman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata aplikasi MyNUTP akan memudahkan ribuan ahlinya melaksanakan proses perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih mudah dan ringkas termasuk berkenaan mendapatkan penyata ahli, maklumat pertukaran tempat bertugas dan tuntutan kebajikan bagi pasangan dan anak.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

543 pekerja Poh Huat positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Seramai 543 pekerja syarikat pengeluar perabot Poh Huat Furniture Industries Sdn Bhd (PHFI) dilaporkan positif Covid-19. Susulan itu Poh Huat Furniture akan...

Beri kupon komputer riba bantu pelajar ikuti PdPR – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Kerajaan boleh menyediakan kupon subsidi untuk pembelian komputer riba bagi meringankan beban pelajar yang tidak berkemampuan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Ketua...

PKP: Mahkamah utamakan kes berkepentingan awam, perbicaraan Najib bersambung 27 Jan

KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh...