Hishammuddin Bakal TPM?

Alhamdulillah, Keputusan ‘Swab Test’ Saya Negatif – Ahmad Zahid

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana keputusan 'Swab Test' COVID-19 yang dibuat semalam adalah negatif. "Alhamdulillah,...

Negara ASEAN perlu rangka dasar e-dagang rentas sempadan

KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN perlu merangka dasar yang menyelaras peraturan e-dagang rentas sempadan bagi mengalakkan pembangunan ekonomi digital serantau dalam usaha menjadi komuniti digital...

Penstrukturan Semula: Mahkamah UK Bagi ‘Lampu Hijau’ Kepada Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd sudah mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah UK bagi meneruskan proses penstrukturan semulanya. Malaysia Airlines...

‘Saya Akan Kembali’ – Trump

WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. Trump, 74,...

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

KUALA LUMPUR- Perang dingin antara UMNO dan Bersatu mungkin mencapai perdamaian apabila Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Khabar angin Ahli Parlimen Semberong itu bakal mengisi kerusi Timbalan Perdana Menteri dilihat sebagai usaha mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), serta mengelakkan lebih banyak ancaman dari parti UMNO, menurut laporan The Malaysian Insight hari ini.

Memetik sumber, portal itu berkata, ia difahamkan tindakan tersebut bagaimanapun hanya mengakibatkan kemarahan pimpinan UMNO, bukan melegakan hati mereka.

Menurut laporan itu lagi, kemarahan itu berkemungkinan besar memandangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sudah pun membuat ketetapan untuk mengkaji semula hubungan dengan Bersatu.

Selain itu, hubungan antara dua parti tersebut semakin renggang selepas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjadi ahli Parlimen kedua UMNO menarik balik sokongan secara rasmi dari PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hisham akan menjadi Timbalan Perdana Menteri secepat mungkin,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight lagi.

Seorang sumber lain bagaimanapun memaklumkan kepada portal itu bahawa, cadangan itu sudah dibuat, namun masih belum dimaklumkan kepada komponen PN yang lain.

Menurut portal itu lagi, sekiranya Hishammuddin dilantik sebagai orang nombor dua dalam Kerajaan Persekutuan, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin kanan yang lain, seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Naib Pengerusi Perikatan Nasional, dan Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, beberapa pemerhati menganggap tindakan itu mungkin bakal memakan diri memandangkan Hishammuddin, yang juga Menteri Luar, dilihat tidak berapa selari dengan pendirian dan aspirasi pimpinan kanan UMNO seperti Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Anwar Minta Semua Ahli Parlimen Utus Surat Pada Agong Batalkan Darurat

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa kesemua Ahli-ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah agar membatalkan Pengisytiharan Darurat dan...

Berita Berkaitan

Alhamdulillah, Keputusan ‘Swab Test’ Saya Negatif – Ahmad Zahid

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana keputusan 'Swab Test' COVID-19 yang dibuat semalam adalah negatif. "Alhamdulillah,...

Negara ASEAN perlu rangka dasar e-dagang rentas sempadan

KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN perlu merangka dasar yang menyelaras peraturan e-dagang rentas sempadan bagi mengalakkan pembangunan ekonomi digital serantau dalam usaha menjadi komuniti digital...

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...