Nazri Aziz dilantik ahli lembaga pengarah Pengerang Energy Complex, penasihat

KUALA LUMPUR – ChemOne Group (ChemOne) melantik Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pengerang Energy Complex Sdn Bhd (PEC) dan Penasihat kepada kumpulan, sekali gus mengukuhkan keupayaan kepimpinan serta hala tuju strategik ChemOne.

Nazri pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memegang beberapa portfolio penting di peringkat nasional dan terbaharu sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).

Pengalaman luas beliau dalam hubungan antarabangsa, hal ehwal kerajaan Malaysia, serta pembangunan ekonomi strategik memberikan nilai besar kepada fasa seterusnya kemajuan PEC.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengerang Energy Complex, Alwyn Boden, berkata pelantikan Nazri hadir pada masa yang penting bagi PEC, ketika ChemOne melangkah ke fasa seterusnya pembangunan projek dan penglibatan pihak berkepentingan.

Menurutnya, penglibatan Bazri menekankan komitmen berterusan PEC dan ChemOne terhadap ketelusan, kerjasama dengan pihak berkepentingan Malaysia, serta pelaksanaan projek bertaraf dunia yang menyokong pembangunan industri negara.

“Kami berbesar hati mengalu-alukan Datuk Seri Nazri ke Lembaga PEC dan keluarga besar ChemOne. Gabungan unik pengalaman perkhidmatan awam, pengalaman diplomatik, serta pemahaman beliau tentang landskap pelaburan Malaysia akan sangat membantu usaha kami memperkukuh keyakinan pihak berkepentingan, memajukan penyampaian projek, dan mengukuhkan komitmen jangka panjang kami terhadap Pengerang dan rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan, lapor BH pada Rabu.

Sementara itu, Nazri berkata Pengerang Energy Complex mempunyai potensi untuk memainkan peranan transformatif dalam landskap industri dan ekonomi Malaysia, dan beliau berharap dapat membantu memajukan pembangunan strategik ini.

“Saya berbesar hati untuk menyokong PEC dan ChemOne dalam usaha penting ini,” katanya.

Dalam peranannya, Nazri akan memberikan panduan strategik kepada ChemOne mengenai isu khusus Malaysia serta mengetuai penglibatan pihak berkepentingan bagi memastikan kemajuan pembangunan PEC berjalan lancar dan tepat pada masanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat