iQOO 15 tiba di Malaysia – telefon Gaming Flagship dengan prestasi seperti PC

Kalau dulu orang beli telefon mahal sebab kamera cantik atau design nipis, sekarang makin ramai beli sebab satu benda: prestasi gaming. Dunia gaming atas telefon dah berubah jauh daripada zaman Candy Crush dan Temple Run. Sekarang, game yang kita main atas telefon grafiknya setanding PC dan konsol, dan sebab tu telefon gaming macam iQOO 15 mula jadi perhatian.

Pelancaran rasminya di Malaysia telah diadakan pada 9 Disember dengan suasan belangsung meriah, iQOO memilih Starhill Kuala Lumpur sebagai lokasi pelancaran, yang menjadikan acara itu bukan sekadar majlis media, tapi lebih mirip festival kecil untuk peminat tech dan gaming.

Harga rasmi iQOO 15 di Malaysia bermula sekitar RM3,699 untuk varian asas 12GB RAM + 256GB storan, manakala versi 16GB RAM + 512GB storan dijual sekitar RM3,899, dan varian tertinggi 16GB RAM + 1TB storan mencecah kira-kira RM4,299. Harga ini meletakkan iQOO 15 dalam kategori telefon flagship premium, selari dengan spesifikasi berprestasi tinggi yang memfokuskan pengalaman gaming dan penggunaan berat.

iQOO 15 ni memang dirancang khas untuk gamer. Ia guna Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama CPU Qualcomm Oryon generasi ketiga, yang bagi peningkatan prestasi CPU hingga 32% lebih pantas dan GPU sekitar 23% lebih laju, sambil masih jimat tenaga. Dalam bahasa mudah: game berat jalan lebih lancar, kurang lag, dan tak cepat panas walaupun main lama.

Dari segi memori, iQOO 15 guna LPDDR5X Ultra Pro RAM dan UFS 4.1 storage dengan kelajuan baca/tulis sehingga 10.7Gbps. Apa maksudnya untuk gamer? Game buka lebih laju, loading screen pendek, dan peralihan antara aplikasi jadi hampir serta-merta.

Apa yang buat iQOO 15 lagi unik ialah cip tambahan mereka sendiri iaitu Supercomputing Q3 Chip yang ada tiga teras khas: DA Core, RT Core dan AI Core. Gabungan ni memastikan frame rate lebih stabil, latency lebih rendah, dan grafik lebih smooth. Ada juga teknologi Concurrent Super Resolution dan Frame Interpolation untuk bagi pergerakan lebih lancar walaupun dalam game berat.

Paling menarik, iQOO 15 ada Ray Tracing versi Android yang dibangunkan sendiri, buat efek cahaya dan bayang jadi lebih realistik macam game PC. Ditambah dengan iQOO Neural Super Sampling (QNSS), telefon ni mampu jalankan game 2K berkuasa AI tanpa membebankan sistem.

Untuk gamer tegar, telefon ni datang dengan ciri profesional macam Bypass Charging (boleh main sambil cas tanpa panaskan bateri), Highlight & Livestream Replay (mudah rakam momen penting) dan Dual-Device Screen Mirroring untuk streamer.

Dari segi pengalaman fizikal masa main, ada Next-Gen Super Touch Control untuk sentuhan lebih tepat, Dual-Axis Linear Motor (getaran paksi X & Z) untuk rasa hentakan dalam game, dan Symmetrical Drum Master Speakers dengan Gaming HyperSense Audio untuk audio lebih padu dan spatial. Tak lupa Monster Halo Game Lighting Effects yang menyala ikut aksi dalam game, bagi vibe yang lebih “gaming”.

Skrin iQOO 15 memang antara highlight paling kuat. Ia guna Samsung 2K M14 LEAD™ AMOLED Display yang dibangunkan bersama Samsung. Skrin ni menyokong kecerahan global 2,600 nits (HBM) dan boleh capai 6,000 nits kecerahan puncak tempatan, yang sangat tinggi untuk telefon pintar. Maksudnya, main game dalam bilik terang atau luar rumah pun masih jelas.

Ia juga sokong 118% NTSC color gamut, jadi warna dalam game nampak lebih hidup dan natural. Ditambah dengan Triple Ambient Light Sensor yang boleh laraskan kecerahan ikut persekitaran secara lebih tepat.

Untuk keselesaan mata, ia ada Polarization-Free Natural Light Display yang kurangkan silau dan sokong kecerahan serendah 1 nit, sangat sesuai untuk main dalam gelap. Skrin ni juga ada pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display, TÜV Rheinland Circular Polarization dan TÜV Rheinland Flicker-Free, yang bantu kurangkan tekanan pada mata untuk sesi gaming panjang.

Dari segi sistem operasi, iQOO 15 ialah telefon pertama di dunia yang guna OriginOS 6. Sistem ni dikuasakan oleh Origin Smooth Engine dan direka untuk kekal lancar sehingga 5 tahun penggunaan. Ia ada ciri multitasking pintar seperti Copy & Go dan Drag & Go, yang memudahkan kerja salin dan pindah kandungan antara aplikasi.

Telefon ni juga ada ciri One-tap Transfer untuk iPhone dan Office Kit untuk Mac, yang mudahkan pengguna pindah fail dan kerja antara peranti berbeza. Untuk gamer dan kreator, sistem ni memastikan prestasi kekal stabil walaupun waktu main game berat, rakam skrin, atau streaming.

Menariknya, iQOO 15 bukan sekadar telefon biasa, tapi juga diiktiraf dalam dunia esports. Ia dipilih sebagai Telefon Pintar Rasmi IESF World Esports Championship 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Dalam kejohanan ni, pasukan profesional Mobile Legends: Bang Bang seluruh dunia guna iQOO 15, bukti telefon ni memang dibina untuk tekanan sebenar pertandingan.

Di Malaysia pula, iQOO bekerjasama dengan pasukan Honor of Kings Malaysia daripada NOVA sebagai rakan rasmi selama setahun. Pasukan ini terkenal dengan pencapaian besar termasuk juara Season 3 Invitational dan MLK Spring 2025, serta prestasi tinggi di peringkat antarabangsa.

Kesimpulannya, iQOO 15 bukan sekadar telefon cantik atau laju atas kertas, tapi benar-benar sebuah mesin gaming mudah alih. Ia bawa gabungan prestasi cip flagship, teknologi grafik setaraf PC, skrin kelas dunia, sistem pintar dan pengiktirafan esports global ke dalam satu peranti yang muat dalam poket.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat