Pindaan Akta 589 ditangguh, elak MCMC jadi alat pemuas politik – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 1998 berkaitan Akta 589 ditangguhkan hari ini.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil beliau mencadangan untuk menangguhkan bacaan kali kedua RUU itu bagi mendapatkan pandangan serta cadangan lanjut daripada beberapa pihak.

“Ini termasuk jawatankuasa pilihan khas infrasuktur pengangkutan dan komunikasi serta jawatankuasa pilihan khas hak asasi manusia pilihan raya dan reformasi institusi.

“Kamu (Ahli Parlimen) telah minta dan saya laksanakan,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, penangguhan itu juga adalah untuk mengelakkan pihak lain menggunakan MCMC sebagai alat pemuas politik dengan hanya menyebelahi suatu pihak sahaja.

“Suruhanjaya ini milik rakyat maka saya harap lebih ramai yang akan berikan pandangan melalui jawatankuasa pilihan khas dan bawa satu RUU yang kita harap dapat dipersetujui dan disokong oleh Ahli Parlimen,” ujarnya.

Pindaan RUU itu yang bertujuan menambah baik peranan serta memperkukuhkan tadbir urus dan pengoperasian MCMC dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 2 Disember lalu.

Pindaan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 1998 (Akta 589) dapat menambah baik peranan serta memperkukuh tadbir urus dan pengoperasian MCMC agar lebih berdaya tahan dan mampan untuk mengawal selia industri komunikasi dan multimedia.

Fahmi sebelum ini memberitahu, pindaan akta itu juga akan menyumbang kepada pembangunan industri yang lebih tertumpu, kompeten dan efisien menerusi pemantapan aktiviti pengawal seliaan MCMC.

Ujarnya, ini selari dengan perkembangan dan kehendak semasa industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Fahmi berkata dalam aspek tadbir urus, antara pindaan utama rang undang-undang itu adalah pemisahan peranan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif kerana peruntukan undang-undang sedia ada memperlihatkan kedua-dua peranan dipegang oleh orang yang sama.

“Dalam perihal ini, bagi mewujudkan mekanisme yang dapat menambah baik tadbir urus serta kecekapan pentadbiran dan operasi, kedua-dua peranan adalah dipisahkan.

“Pendekatan ini juga selari dengan peruntukan undang-undang bagi kebanyakan badan berkanun lain yang memperlihatkan dua orang yang berbeza memegang peranan-peranan ini,” katanya.

Subfasal 3(a) mencadangkan pindaan Seksyen 6 mengenai komposisi keanggotaan MCMC memperuntukkan tiga anggota mewakili Kerajaan Persekutuan dengan seorang daripadanya adalah Ketua Setiausaha bagi kementerian yang dipertanggungjawabkan bagi komunikasi dan multimedia.

Subfasal 3(b) mencadangkan bilangan maksimum keanggotaan dinaikkan daripada lima kepada tujuh manakala subfasal 3(c) menyarankan anggota lain yang dilantik hendaklah memiliki pengalaman dan pengetahuan dalam bidang antaranya komunikasi dan multimedia, kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan, ekonomi serta pentadbiran awam dan Subfasal 3(d) melarang anggota dilantik daripada pekerja MCMC.

Fasal 4 bertujuan memasukkan Seksyen baharu 14(a) untuk mengadakan peruntukan bagi pemberhentian pelantikan Pengerusi iaitu jika tidak hadir bertugas, atau tidak ada di Malaysia, atau tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran Menteri.

Fasal 5 pula bertujuan meminda Seksyen 16 untuk memperluas fungsi MCMC antaranya membangun dan mengawal selia piawaian atas infrastruktur, keselamatan, perlindungan keselamatan, mengaudit maklumat pemegang lesen serta aktiviti pemegang lesen.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat