Polis Tahan Wanita Terlibat Sindiket Tipu Pelaburan

- Advertisement -

SHAH ALAM – Polis menahan seorang wanita berusia 58 tahun, dipercayai terbabit dalam penipuan pelaburan di Arab Saudi, empat tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata wanita berkenaan ditahan hasil maklumat orang awam di kawasan perniagaan Seksyen 13, 4.30 petang semalam.

“Wanita berkenaan direman tiga hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata biarpun aduan diterima lebih empat tahun lalu, pihaknya terus menjalankan pemantauan bagi menjejaki suspek.

Katanya, dengan bantuan wakil PPIM di Makkah, individu itu berjaya dijejaki dan dia masih lagi menjalankan kegiatan penipuan.

“Kita salurkan maklumat kepada polis kerana ia membabitkan puluhan mangsa dengan nilai jutaan ringgit.

“Ada beberapa lagi kes sekitar 2015 dan 2016 yang kita sedang selesaikan membabitkan penipuan. Insya-Allah mangsa-mangsa ini akan mendapat pembelaan,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat