Asyraf Dasley layak ke pentas akhir Face Of Asia 2020 di Korea Selatan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Asyraf Dasley, 29, berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih kedudukan tiga terbaik dalam pertandingan Face of Asia 2020 (FOC 2020).

Dalam pertandingan yang diadakan secara maya itu, Asyraf turut layak ke pentas akhir FOC 2020 yang bakal berlangsung ketika penganjuran Asia Model Awards 2020 di Korea Selatan tahun depan.

Asyraf berkata, sepanjang tempoh separuh akhir yang bermula pada pertengahan November lalu, dia diuji apabila menghidap demam denggi dan terlantar selama tiga hari.

“Keadaan itu membimbangkan saya kerana tugasan diberi penganjur masih tidak disempurnakan, malah ada yang belum dimulakan.

“Namun sebaik sembuh, saya tekad menggandakan usaha menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh sebelum tiba tarikh akhir. Walaupun penat, ia berbaloi dengan kejayaan ini,” katanya.

Terdahulu, berita gembira itu diumum menerusi platform media sosial milik FOC 2020 oleh penganjur pada 4 Disember lalu dan Asyraf akui tidak sabar untuk mewakili negara ke Korea Selatan nanti.

Pada masa sama, Asyraf turut mengalu-alukan penaja yang sudi hulurkan tajaan dalam bentuk wang tunai bagi mempermudahkan urusannya bersiap sedia demi menggalas nama negara.

Asyraf yang juga model profesional dan naib juara pertandingan pencarian bakat Mister Planet Nation Malaysia 2016 (MPM 2016) itu amat berterima kasih kepada barisan penaja yang membantunya hingga ke mencapai tahap ini.

Asyraf yang pernah berlakon beberapa buah drama Melayu juga perlu mengutamakan pengajiannya di peringkat doktor falsafah (PhD) sebelum meneruskan kembali niatnya untuk aktif bergelar pelakon.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat