1,112 Pesakit Covid-19 Pulih, 2,234 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes COVID-19 dalam negara kembali meningkat kepada empat angka, dengan sebanyak 2,234 lagi disahkan pada Khamis.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara bertambah kepada 78,499.

Dalam satu kenyataan media pada Khamis, kes yang dicatatkan melibatkan 2,229 sebagai jangkitan tempatan, manakala selebihnya iaitu lima lagi sebagai kes import.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak tiga lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, dan kini angka korban akibat COVID-19 meningkat kepada 396.

Di sebalik peningkatan kes positif, KKM turut menambah bahawa seramai 1,112 lagi dilaporkan sembuh dan kini kes sembuh dalam negara berjumlah 66,236 kes.

Sementara itu, seramai 396 individu lagi sedang dirawati di unit rawatan rapi (ICU) dan 60 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Awani

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat