UPKO mungkin keluar PH pilih parti selaras visi “Sabah First” ?

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO hari ini yang dipengerusikan oleh presiden parti itu Datuk Ewon Benedick, dijangka membincangkan tindakan parti seterusnya menjelang hari pencalonan untuk Pilihan Raya Negeri Sabah pada 15 Nov.

Memetik Malaysiakini, Pengerusi PH Sabah itu memberi bayanagan bahawa UPKO mungkin akan merangka hala tujunya sendiri dan bekerjasama dengan parti-parti yang selaras dengan visi “Sabah Didahulukan”, daripada kekal bersama Pakatan Harapan (PH).

“Anda akan mengetahuinya menjelang petang ini. UPKO akan bekerjasama dengan parti-parti yang menyokong visi dan agenda ‘Sabah First’,” katanya kepada portal itu di Sabah pada Isnin.

Ewon, yang sebelum ini mengumumkan bahawa UPKO akan bertanding dalam PRN dengan logonya sendiri, dijadualkan mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti pada jam 3 petang hari ini.

Keputusan mesyuarat itu dijangka diumumkan lewat petang ini.

Awal hari ini, Ewon secara rasminya telah meletak jawatan daripada kabinet persekutuan berkuat kuasa serta-merta, sekali gus mencetuskan spekulasi penjajaran semula politik menjelang PRN Sabah pada 29 November.

Ewon meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan Putrajaya untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai hak hasil 40 peratus Sabah untuk “tahun-tahun yang hilang”.

Di bawah aturan perkongsian kerusi semasa PH di Sabah, gabungan itu diperuntukkan 23 kerusi dengan PKR mengambil 10, DAP tujuh, Amanah satu, dan UPKO hanya lima.

Sumber dalam parti itu berkata UPKO pada mulanya hanya ditawarkan dua kerusi Moyog dan Kadamaian yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli yang melihat perjanjian itu tidak adil kepada rakan kongsi gabungan terkecil tetapi berakar umbi tempatan itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat