Dolla bukan saingan De Fam!

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kumpulan De Fam menyifatkan kemunculan pendatang baharu, Dolla bukan saingan mereka sebaliknya tumpang gembira kerana kumpulan itu berani tampil dengan pembaharuan dalam industri muzik tempatan.

Menurut anggotanya, Azira Shafinaz, 29,  kemunculan Dolla mengingatkan mereka kepada titik permulaan De Fam awal-awal dulu di mana semangat mereka berkobar-kobar untuk berjaya.

“Kami tidak melihat Dolla sebagai saingan langsung disebabkan mereka muncul berkumpulan. Apatah lagi, hendak membandingkan diri dengan mereka.

“Sebaliknya, kami sangat gembira dengan kemunculan mereka untuk meneruskan legasi kumpulan wanita dalam industri. Tidak kisahlah berkumpulan atau tidak, yang penting pembaharuan dibawa segar dan menarik.

“Mereka sebenarnya mengingatkan kami kepada semangat De Fam sewaktu baru bermula lima tahun lalu. Waktu itu, jiwa muda kami sangat membara, sebagaimana terlihat pada mereka juga,” katanya.

Menurut Azira, mereka juga kagum dengan konsep dibawa Dolla yang lebih ke arah muzik ala K-Pop dan lain daripada konsep De Fam sendiri.

“Baguslah mereka tampil dengan konsep yang sangat segar, khususnya dalam industri muzik tempatan. Tidak salah pun, bagi kami disebabkan kualiti tahap antarabangsa itu ada pada mereka.

“Inilah yang kita mahukan bagi memajukan lagi industri. Jika ada lagi kumpulan wanita lain yang muncul selepas ini, lebih bagus,” katanya.

Selain Azira, De Fam turut dianggotai Cik Manggis dan Sophia Liana. Mereka mula mencipta nama sejak 2015 dan dikenali menerusi lagu-lagu hit termasuk #SUPERGIRLS, With You (duet Brandon Beal), dan Panas.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat