COVID-19: 276 kluster dikesan, 125 tamat – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR:  Sebanyak 276 kluster dikesan di negara ini setakat ini sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini akhir tahun lepas dengan 151 daripadanya masih aktif, manakala 125 telah tamat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba berkata daripada 151 jumlah kluster, Kluster Kediaman merekodkan kluster terbanyak dengan 64 kluster.

“…diikuti dengan Kluster Tempat Kerja iaitu 63 kluster; Kluster Pusat Tahanan (sembilan); Kluster Kumpulan Berisiko (anggota kesihatan dan warga emas – sembilan kluster); Kluster Keagamaan (selain kluster Tabligh Seri Petaling – tiga kluster) dan Kluster Import (tiga kluster),” katanya dalam satu jawapan bertulis pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang meminta menteri kesihatan menyatakan bilangan kluster yang menyebarkan pandemik COVID-19 di negara ini dan bilangan yang telah dikawal sepenuhnya serta bilangan yang masih aktif terkini.

Dr Adham berkata kluster terbesar yang pernah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah Kluster Tabligh Sri Petaling.

Kluster itu katanya melibatkan 3,375 kes dan seramai 42,023 orang telah disaring.

“Kes pertama bagi kluster itu adalah pada 11 Mac dan kluster diisytihar tamat pada 8 Julai. Kes-kes indeks merupakan individu-individu yang menghadiri perhimpunan keagamaan di Masjid Sri Petaling dan punca jangkitan adalah dipercayai dari jangkitan import dari Indonesia,” katanya.

Sehingga semalam, 972 kes baharu lagi direkodkan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini mencatat 11,308 kes.

– BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...