Dua lokasi di Kampung Baru dinaiki air

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Beberapa rumah di sekitar Kampung Baru di sini dinaiki air susulan hujan lebat selama beberapa jam di sekitar ibu negara di sini, petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto berkata dua pasukan digerakkan bagi tugasan pemantauan.

“Hujan lebat mula turun di kawasan sekitar ibu negara hari ini sejak 4.15 petang.

“Dua pasukan dibentuk bagi memantau kawasan berisiko di Kampung Periuk, Kampung Baru dan Kampung Jalan Kubur, Pantai dalam di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua lokasi sekitar Kampung Baru iaitu di Kampung Periuk ditenggelami air sedalam 0.4 meter manakala Jalan Hamzah sedalam 0.5 meter.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai lain-lain pangkat dikerahkan bagi membantu mangsa yang terjejas. – HMetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat