Umno tak bincang kekecewaan Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Biro Politik Umno tidak membincangkan kekecewaan Yang di-Pertuan Agong berkenaan situasi politik semasa.

Pun Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang akan bermesyuarat malam ini akan memperincikan dan mengeluarkan kenyataan berhubung kekecewaan Agong itu.

“Itu (kekecewaan Agong berhubung situasi politik negara) kita akan nyatakan nanti, kita pun tak tahu apa yang Agong kecewa.

“Kita tak bincang pun tentang kekecewaan Agong, sudah pastinya negara memerlukan sebuah keadaan politik yang stabil,” ujar Ab Rauf mengulas kenyataan Istana Negara hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan Baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan
Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Dalam perkembangan lain, Ab Rauf menyatakan mesyuarat Umno hari ini tidak membincangkan status hubungan dengan PAS.

“Tak, tak bincang. Kita bincang pasal parti kita saja. Persiapan nak menang pilihan raya,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat