PKPD Di Asrama Pekerja TGCR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) di Petaling Jaya, berkuata kuasa, Isnin depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang hari ini, telah menerima nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan pekerja disana.

“Kita melaksana perintah PKPD ini bagi mengelakkan jangkitan dan membendung Covid-19 menjangkiti pekerja asrama dan membolehkan pengesanan dilakukan sepanjang PKPD.

“SOP mesti dipatuhi pekerja asrama tersebut seperti larangan keluar masuk sepanjang PKPD,” jelasnya ketika sidang media pada hari ini.

Walau bagaimanapun jelas Ismail Sabri lagi, PKPD ini terkecuali kawasan kediaman dan kelab di TGCR.

“Hanya blok asrama sahaja dan tidak terbabit kawasan kelab golf dan kediaman penduduk,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat