KUALA LUMPUR: LUMPUR – Syarikat kosmetik Korea Selatan, AN Co. Ltd Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan dengan Safuan Korea Co. Ltd. dan Tengku Tengku Holdings Sdn. Bhd bagi menubuhkan Konsortium Kosmetik Pematuhan Halal (HCCC) untuk memasarkan produk kosmestik buatan Korea di Malaysia.
Menurut Founder & CEO Tengku Tengku Holdings Sdn Bhd, YM Tengku HarrizNazlie bin Tengku Ariff, produk patuh Syariah ini khas untuk wanita muslimah.
Jelasnya lagi, pihaknya menyasarkan untuk memasarkan produk yang akan dikenali sebagai M-Slim awal tahun depan.
“Produk komestik ini akan dibuat dan dihasilkan di Korea Selatan selepas mendapat pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Malaysia akan menjadi pusat pemasaran dan pengedaran ke pasaran antarabangsa.
“ Apabila Syarikat Korea membuat kajian mengenai industri kosmetik, mereka mendapati bahawa orang Islam dan orang Arab di Timur Tengah lebih gemar produk halal dan patuh Syariah,” katanya kepada media, di Menara Safuan, di sini, pada Selasa.
Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Safuan Korea Co. Ltd diwakili Pengarah Urusan Mohd. Park Safuan manakala Tengku Tengku Holdings diwakili Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tengku HarrizNazlie Tengku Ariff.
Dalam pada itu, ujar beliau lagi, Syarikat Korea telah memilih negara ini kerana Malaysia terkenal sebagai hab halal, walaupun pada masa yang sama kurang pemain industri dalam kalangan muslim memasuki pasaran kosmetik halal.
Katanya lagi, nilai kerjasama ini berjumlah USD 2 juta.
Beliau yakin produk kosmetik halal dan patuh Syariah ini dapat menembusi pasaran ASEAN, Timur Tengah dan Afrika.
Dalam pada itu, berlangsung juga Majlis Menandatangani Perjanjian Persafahaman (Mou) antara Safuan Korea dan Eco World Technology Berhad (EWTB) untuk memulakan pembelian penuh aset perbankan digital EWTB.
Perjanjian ini menandakan permulaan usaha strategik oleh Safuan Korea untuk mengembangkan perkhidmatan perbankan digitalnya ke pasaran baharu, dengan memanfaatkan lesen EWTB, yang termasuk kebenaran blockchain dan pertukaran aset digital.
Langkah ini menandakan Safuan Korea untuk meningkatkan jejak global bank dalam arena perbankan digital.
Safuan Korea diwakili Pengerusinya Kwak Hi Bom dan Presiden, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore manakala EWTB diwakili Presidennya, AC Rick.