Pembangkang tak gembira dengan MoU peruntukan – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menzahirkan rasa ‘tidak gembira’ dengan perkembangan terkini berkait

draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan kepada pembangkang.

Ahli Parlimen Machang itu menyatakan, pembangkang juga diberikan ‘gag order’ supaya tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai MoU berkenaan.

“Saya sudah diberikan gag order untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai MoU dan kita akan buat sidang media berhubung hal berkenaan.

“Kalau tanya saya, saya tidak gembira dan saya sudah berikan penjelasan dalam kenyataan saya sebelum ini dua minggu lepas dan saya tidak rasa kerajaan ini ikhlas nak bantu rakyat yang susah di kawasan saya,” katanya ketika sidang media pada Selasa.

Kata Wan Ahmad Fayhsal, negeri Melayu pembangkang dianak tirikan sedangkan negeri ditadbir DAP dilayan ibarat anak emas.

“Kawasan yang mana mereka memilih PN sebagai wakil rakyat mereka dianak tirikan, berbanding negeri DAP yang diberikan layanan macam anak emas.

“RM1 bilion, RM10 bilion nak besarkan lapangan terbang dan MRT. Negeri Melayu yang miskin seperti Kelantan, Terengganu, Kedan dan Perlis dikesampingkan. Sebab itu ramai orang susah di kawasan kami tidak dapat peruntukan nak salurkan kepada rakyat,” katanya.

Perikatan Nasional (PN) akan buat keputusan dalam masa terdekat dan ia akan diumum oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat