Blogger Raja Petra meninggal dunia

MANCHESTER: Penulis Blogger dan juga pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh adik beliau Raja Idris, sebentar tadi.

”Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

”Dengan rasa sedih yang mendalam, saya ingin memaklumkan bahawa abang saya yang tercinta, Raja Petra Kamarudin, telah meninggal dunia pada pukul 11:26 malam waktu UK, Isnin 9 September 2024 di Manchester, UK.

”Semoga Allah swt menempatkannya di kalangan para syuhada dan orang-orang soleh.

”Amin ya Rabbal ‘Alamin,” kata Raja Idris.

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat