Sepasang suami isteri hidap penyakit, YBR hulur bantuan 5 ribu ringgit

- Advertisement -

KUALA KRAI – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan berjumlah RM5,000 kepada pasangan yang menghidap penyakit kronik sehingga tidak mampu meneruskan pekerjaan.

Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata lebih menyedihkan, pasangan itu mempunyai seorang anak yang masih belajar dan terpaksa menjaga mereka.

“Bantuan berjumlah RM5,000 ini diharapkan dapat mengurangkan beban Rahayu dan suaminya bagi membiayai kos rawatan pemeriksaan susulan, dialisis,dan ubat-ubatan memandangkan mereka tidak mempunyai sumber pendapatan.

“Semoga keluarga ini diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan serta adik Muhammad Adam Aizad akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan dan akan membantu ibu bapanya kelak,” katanya ketika menyampaikan sumbangan tunai di Kampung Batu Jong, di sini hari ini.

Syaiful berkata ibu, Rahayu Daud berumur 49, menderita penyakit buah pinggang tahap lima, kencing manis dan darah tinggi sejak setahun lalu yang mengakibatkan komplikasi yang turut menjejaskan penglihatannya.

“Suasana turut bertukar pilu apabila mengetahui suaminya, Mazlan Latif, 59, juga menderita penyakit angin ahmar yang menyebabkan beliau lumpuh di sebelah kanan sejak Ogos tahun lalu serta turut mempunyai kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.

“Kini mereka berdua hanya bergantung harap sepenuhnya kepada isteri dan anaknya, Muhammad Adam Aizad Mazlan, 14,” katanya.

Saiful berkata, pihak YBR mengetahui Rahayu telah kehilangan sebelah penglihatan di sebelah kiri dan hanya bergantung penglihatan di sebelah kanan yang kabur sehingga tidak mampu untuk bekerja.

Ini jelasnya menguatkan lagi pihak YBR untuk membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung keluarga berkenaan.

“Anaknya masih bersekolah terpaksa menguruskan ibu bapanya dan terpaksa membahagi masa mengulangkaji dan menyiapkan tugasan sekolah.

“Walaupun terpaksa menjaga ibu ayah yang sakit dan menguruskan kerja rumah ia tidak menjadi tekanan buat saya malah menjadikan saya lebih kuat untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Syaiful turut menyerahkan sumbangan tunai sebanyak RM2,500 kepada Muhammad Khairulnizam Mat Soom, 20, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada September depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat