Pemakaian pelitup muka di sekolah ikut pilihan individu- KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA- Kementeri Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan, pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam, di luar bangunan atau di kawasan terbuka institusi pendidikan adalah mengikut pilihan individu.

Bagaimanapun, para pelajar diwajibkan memakai pelitup muka semasa menaiki bas, van sekolah atau semasa menggunakan pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak kementerian, para pelajar juga diwajibkan memakai pelitup muka sekiranya bergejala seperti demam, batuk dan selsema semasa berada dalam bangunan kawasan institusi pendidikan.

Pemakaian pelitup muka di luar bangunan sekiranya pelajar bergejala pula adalah amat digalakkan.

Bagi individu yang dikesan positif COVID-19 semasa berada di institusi pendidikan atau asrama, mereka juga diwajibkan memakai pelitup muka semasa dirujuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan penilaian kesihatan.

“Ketetapan ini turut terpakai untuk semua institusi pendidikan bawah KPM serta disarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.

“KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik.

“Bagaimanapun KPM menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam kawasan institusi pendidikan khususnya di kawasan ramai orang dan sesak,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Rabu lalu memaklumkan tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka di dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup.

Sesi persekolahan penggal ketiga bagi sesi akademik 2022/2023 bagi negeri Kumpulan A akan bermula pada 11 September dan bagi negeri Kumpulan B, sesi persekolahan bermula pada 12 September depan.

author avatar
Zulaikha Zulkifli
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat