PM nafi pinggir Kelantan, terima peruntukan tertinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan Kelantan seperti didakwa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, berdasarkan fakta, Kelantan sebenarnya adalah negeri yang menerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan Persekutuan.

“Malah, semua pandangan dan cadangan yang penting daripada kerajaan negeri seperti tebatan banjir, isu air dan pembangunan negeri, saya terima dan komited untuk selesaikan.

“Ini pandangan (Kelantan dipinggir) tak ikut fakta, malah saya nak ulang, peruntukan kerajaan (kepada Kelantan) sekarang lebih banyak daripada sewaktu PAS dan Bersatu dalam kerajaan, itu cukup (sebagai bukti) … semasa dia (PAS) dalam kerajaan sibuk soal lain,” kata Menteri Kewangan itu selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan Penolong Setiausaha Agung PAS, Syahir Sulaiman dalam sesi debatnya bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli malam tadi, bahawa negeri itu tidak pernah merasai nikmat ‘federalisme’ akibat pimpinan negeri berbeza dengan Persekutuan.

Anwar berkata, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS, termasuk pemimpin muda seperti Syahir, seharusnya lebih berani membetulkan masalah dalaman selain memberi cadangan yang baik untuk pembangunan negeri itu, lapor Bernama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat