‘Takpa Kak Ning relaks je’ – Siti Nurhaliza

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan kata-kata positif buat Ning Baizura rentetan video nyanyiannya yang tular baru-baru ini.

Menurut Siti, disebabkan kecanggihan teknologi, kekurangan seseorang artis itu mudah untuk dilihat oleh peminat dan juga netizen.

“Cuma kadang kala ketika arus teknologi moden ini, kekurangan orang lebih mudah di nampak.

“Jangan mudah untuk kita meletakkan satu-satu anggapan tanpa kita tahu kesusahan seseorang itu untuk mengalami kesyukuran menyanyi tiga hingga empat hari.

“Takpa Kak Ning, relaks je. Jangan layan sangatlah… kita tahu apa yang kita dah usahakan dan buat,” kata Siti.

Jelasnya, persembahan seseorang penyanyi itu boleh terganggu jika vokalnya digunakan secara berterusan untuk beberapa hari.

Pelantun suara bagi lagu Anta Permana itu menjelaskan, keadaan emosi juga boleh menjadi faktor penyebab kepada gangguan pada persembahan berkenaan.

“Kadang-kadang kita gunakan kita punya tenaga dan vokal (dalam kadar yang panjang)… Macam Kak Ning, dia buat persembahan sehingga empat malam.

“Saya akui, ada waktu kotak suara kita akan terganggu dan tak mustahil perkara sama turut berlaku. Dan Kak Ning kata dia sedih… jadi emosi juga boleh menyebabkan sedikit gangguan pada persembahan.

“Saya pun kalau sedih, saya tak boleh teruskan nyanyian. Saya akan berhenti dan bertenang, kemudian baru boleh sambung menyanyi. Tapi pada waktu itu, Kak Ning teruskan… dia kuat semangat,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat