Kalau BN menang besar di Johor boleh tanding solo PRU16, Ismail Sabri hargai sokongan Pas

KUALA LUMPUR – Sokongan Pas kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan satu perkara baharu dan pernah berlaku ketika kerjasama Muafakat Nasional (MN) sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang sokongan Pas terhadap BN juga wajar dihargai berdasarkan sejarah kerjasama yang pernah wujud antara kedua-dua parti.

“Kalau Pas sokong BN di kawasan yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN), kita mengucapkan terima kasih. Kalau betul berlaku, ia bukan satu perkara yang baharu.

“Dulu ketika kita berada dalam MN, Pas bertanding di beberapa kerusi, tetapi di kerusi lain yang ditandingi BN, Pas memberikan sokongan kepada kita,” katanya kepada pemberita ketika meluangkan masa bersarapan pagi bersama calon BN DUN Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba di Taman Sri Saujana lapor Utusan di Kota Tinggi pada Jumaat.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahli dan penyokong parti itu mengundi calon BN di kawasan yang tidak ditandingi PN.

Naratif PN dan BN itu dilihat cuba membina kerjasama politik bagi menyekat kemaraan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor kali ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, keputusan sama ada BN akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang perlu bergantung kepada keputusan yang dicapai pada PRN Johor.

​”Bertanding solo di Johor ini akan membuka ruang sama ada kita akan bertanding solo atau tidak.

“Kalau di Johor ini seperti yang dijangkakan oleh ramai orang yang BN akan menang besar dan bertanding solo, saya percaya gelombang ini akhirnya akan menjadi gelombang baharu kepada BN termasuk dalam PRN Negeri Sembilan, Melaka dan PRU nanti,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat