KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun ke-101 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatan-Nya, Insya-Allah,” ucap Anwar kepada bekas Perdana Menteri itu dalam hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.



