China jamin akan tandatangan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara – Menteri Luar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – China memberi jaminan untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) sebaik semua dokumen berkaitan lengkap sepenuhnya.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, komitmen itu disampaikan sendiri negara terbabit dan ia akan dilaksanakan tanpa sebarang syarat, sekali gus menunjukkan komitmen negara itu terhadap keamanan dan keselamatan serantau.

“China sudah membuat satu komitmen penting. Mereka memberi jaminan bahawa China akan menandatangani Perjanjian SEANWFZ tanpa sebarang keraguan. Ini satu perkembangan yang amat baik untuk ASEAN,” katanya lapor BH pada Khamis.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Luar China, Wang Yi, secara bersama mempengerusikan Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama China, sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58.

Tambah Mohamad, perbincangan bersama China turut menyentuh isu kerjasama dua hala dan pelbagai hala seperti kebebasan laluan serta ruang udara terbuka di Laut China Selatan, selain menghormati undang-undang laut antarabangsa.

“Semuanya berjalan seperti biasa dan kita menaruh harapan untuk memperkukuh lagi hubungan kerjasama antara ASEAN dan China pada masa depan.

“ASEAN kini adalah rakan dagang kedua terbesar bagi China, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan pelaburan,” katanya.

Mohamad berkata, masih banyak ruang untuk memperkukuh hubungan dua hala antara ASEAN dan China demi manfaat bersama rakyat di rantau ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat