Tanpa video ‘bahlul dan bodoh’ pun Rafizi sudah dianggap liabiliti, tak sepatutnya turun berkempen -KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tanpa sebaran video ceramah yang menggelarkan pengkritik sebagai ‘bahlul’ dan ‘bodoh’ susulan pengkritik mempersoalkan ‘formula’ Kerajaan Perpaduan dalam menyelesaikan isu ekonomi pun Rafizi sudah pun dianggap “liabiliti”.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar malah berpendapat dalam keadaan isu semasa yang panas, Rafizi tidak sepatutnya turun berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

“Tanpa video ini pun dia (Rafizi) dah agak macam tengah-tengah liabiliti.

“Ini bukan saya nak kata dia sentiasa liabiliti tapi tengah-tengah sekarang nanti dia marah saya pula.

“Dia tengah maksud saya, he is a head figure now, jadi tanpa ucapan bahlul itu pun, kenapa dia berkampung kat situ? Patut dia just stay away lah.

“Even Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim had the awareness to say I’m not gonna go down kempen di Sungai Bakap,” kata bekas Ahli Parlimen Rembau itu dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Menurut Khairy mungkin tidak ada siapa yang ada self-awareness untuk bisik kepada Rafizi mungkin, “sebaiknya kamu jangan pergilah Sungai Bakap”.

Kata Khairy tindakan dan sikap Rafizi itu memberi bonus kepada pembangkang terutamanya PAS pada PRK itu dengan menampilkan karektor yang berbeza iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Sanusi Md Nor.

“PAS membiarkan Rafizi ‘membunuh diri dia’ kemudian mereka tampilkan Sanusi.

“Sanusi main bola sepak, bola tampar dam kabadi dengan penduduk setempat di Sungai Bakap.

“Bila pengundi tengok TikTok, dia tengok seorang ni kata pengundi bahlul dan bodoh manakala seorang lagi ni main Kabadi, main bola lebih dekat kepada rakyat.

“How do you think normal person is going to react? kata Khairy.

Manakala bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pula berpendapat, untuk beri keadilan kepada jentera PKR mungkin mereka pun tak sangka Rafizi akan keluar ayat seperi itu.

“Kalau mereka tahu mungkin dia tak akan digalakkan turun.

“Cuma yang saya dapat tahu yang mempromosikan video formula bahlul, bodoh adalah team Rafizi sendiri, betulkah? so mungkin self-awareness dalam team Rafizi sendiri yang tak begitu tinggi.

“Bahkan saya pernah dengar Rafizi ini sejenis tak boleh terima teguran, siapa tegur dilabel walaun,” dakwanya.

Bekas ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming juga menzahirkan rasa bingung dengan kenyataan agresif Menteri Ekonomi itu akhir-akhir ini.

“Itu yang menyebabkan saya sedikit bingung. Eh, kenapa Rafizi sebagai seorang yang memang ada pengalaman yang lama dalam politik.

“Kenapa dia masih berfungsi sebagai seperti dia masih di kalangan pembangkang dan score unggul beberapa kali.

“Saya memang tak boleh brain, mungkin ini juga berkenaan dengan cara di mana subsidi diesel, subsidi petrol

“Setahu saya, Rafizi seorang yang ego dan degil, susah ditegur,” ujar Kian Ming.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat