Wan Saiful Lemah BM, Tak Faham Sindiran – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menempelak Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan kerana didakwa tidak memahami bahasa sindiran.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan membidas bekas Ketua Penerangan Bersatu itu bahawa tiada siapa menjemput beliau untuk menyertai DAP apatah lagi dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu.

“Hello Wan Saiful, janganlah perasan sangat. Tiada siapa pun jemput hang (kamu) masuk DAP, apatah lagi jadi SG (Setiausaha Agung DAP).

“Tak kanlah tahap pemahaman BM (Bahasa Melayu) hang gitu lemah? Yang depa tanya hang Setiausaha Agung DAP ka itu adalah bahasa sindiran! bidas Ahli Parlimen Seremban itu di Facebooknya, semalam.

Anthony berkata demikian mengulas ucapan Wan Saiful di Pulau Pinang baru-baru ini kononnya DAP sedang merancang menukar Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Dakwa Wan Saiful Steven Sim akan menggantikan Chow Kon Yeow berdasarkan sumber dalaman DAP.

Wan Saiful malah yakin setiap kali ramalannya jarang tersasar meskipun disanggah.

Berdasarkan pendedahan dibuat Wan Saiful itu ada pula pihak yang menyoal adakah beliau Setiausaha Agung DAP memandangkan sangat arif soal aturan dalaman parti itu, bagaimanapun balasnya beliau tidak sudi menjadi anggota kepimpinan DAP meskipun dibayar kerana tidak sealiran dengan ideologi parti itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat