HONOR Malaysia bakal lancar Siri HONOR 90 pada 20 Julai 2023!

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2023 – Buat pencinta telefon pintar, bersiap sedia untuk menyaksikan pelancaran rasmi Siri HONOR 90 yang dinanti-nanti ramai, pada 20 Julai 2023. Sebagai telefon mid-range, HONOR 90 didatangkan dengan ciri-ciri yang menakjubkan, termasuk Kamera Penderiaan Hebat 200MP dan Skrin Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko. Sertai kami dengan menyaksikan pelancaran secara langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif daripada HONOR.

Sebelum pelancaran rasmi, di sini antara ciri-ciri utama HONOR 90 yang pastinya menarik perhatian ramai:

1.) Revolusi Fotografi – Kamera Penderiaan Hebat 200MP

Siap sedia untuk menyaksikan kecanggihan Kamera Penderiaan Hebat 200MP HONOR 90 yang memberikan kuasa fotografi profesional kepada pengguna. Dengan kamera ini, HONOR 90 bakal menjadi pilihan utama bagi kategori telefon mid-range, dengan menawarkan pengguna kuasa untuk mengawal kemahiran fotografi sendiri. Revolusi fotografi ini tidak ada pada mana-mana telefon pintar lain.

2.) Revolusi Perlindungan Mata – Skrin Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko

Peka dengan masalah yang dihadapi pengguna telefon pintar, HONOR membawakan ciri-ciri perlindungan mata ke tahap yang lebih baik dengan HONOR 90. Memperkenalkan Skrin Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko yang pertama dalam industri, ciri-ciri inovatif ini direka untuk mengatasi masalah keletihan mata dan menawarkan pengalaman pemandangan yang menyeronokkan dan tiada masalah. Mengutamakan kesihatan pengguna, HONOR memastikan HONOR 90 bukan hanya sebuah peranti semata-mata, tetapi sebagai peneman yang menjaga kesihatan pengguna.

3.) Revolusi Estetik – Pembaharuan Semula Rekaan

HONOR 90 menetapkan standard baharu telefon pintar, menjangkaui batas dan mencipta semula keanggunan. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah Rekaan N Series Classical Dual Ring, umpama langit yang diterangi bulan dengan rekaan “Mirror Luna”. Hasilnya? Pengguna pastinya terpesona dengan visual yang menakjubkan. Dengan varian warna Diamond Silver, menambah elemen terang dan berani pada HONOR 90.

Pelancaran Siri HONOR 90 – jangan ketinggalan!

Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti majlis pelancaran ini! Jadilah antara yang pertama untuk mengetahui apa yang menjadikan HONOR 90 ini telefon pintar mid-range terbaik, dengan revolusi fotografi dan paparan lain dari yang lain. Tandakan kalendar anda pada 20 Julai ini pukul 8malam dan saksikan pelancaran HONOR 90 – hanya di Facebook HONOR Malaysia.

Maklumat lanjut tentang HONOR 90, layari https://bit.ly/HONOR90SeriesPR

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat