Pemandu Bas minta maaf, brek gagal berfungsi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Saya minta maaf kepada keluarga mangsa dan pelajar yang terbabit dalam kemalangan pagi semalam, brek bas tidak berfungsi secara tiba-tiba.”

Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, ialah pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli-Gerik, awal pagi semalam.

Beliau ketika dihubungi hari ini berkata, bas yang dalam perjalanan dari Terengganu itu awalnya berkeadaan baik sehingga tiba di jambatan lintasan gajah di Gerik.

“Secara tiba-tiba, saya dapati brek bas tidak berfungsi dan angin bas juga kosong.

“Saya cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas kosong, semuanya jadi tidak berfungsi termasuk brek tangan manakala gear juga tidak boleh ditukar.

“Saya cuba mengelak kenderaan lain supaya tidak merempuh mereka dan seingat saya, empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian.

“Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai dashcam. Ketika itu saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.

“Orang nampak saya memotong dan bawa laju sedangkan sebelum itu saya cuba mengelak daripada melanggar kenderaan lain.

“Oleh sebab nahas berlaku di kawasan selekoh, saya tak mampu berbuat apa-apa,” katanya yang kini dirawat di Hospital Taiping, Perak.

Berpengalaman memandu bas sejak 2016, Mohd Amirul berkata, beliau menjerit kepada pelajar supaya bersedia dan berjaga-jaga sebaik menyedari brek bas tidak berfungsi.

“Mereka yang duduk di kerusi depan mungkin dengar arahan saya tetapi yang berada di belakang kebanyakannya tidur dan menyangka saya sedang marah.

“Saya jangka bas bergerak dalam keadaan brek tidak berfungsi sejauh lebih satu kilometer dan sebagai pemandu bas, saya cuba mengelak kemalangan.

“Saya tidak laju seperti yang tular kerana saya arif dengan laluan Jeli-Gerik, lebih-lebih lagi lokasi kejadian menuruni bukit,” katanya sambil menahan sebak, memetik laporan BH.

Nahas menyebabkan beliau pengsan seketika sebelum sedar dan menjerit meminta pelajar keluar menerusi cermin hadapan bas yang pecah.

“Saya merangkak keluar dan menangis melihat keadaan semua pelajar. Allah uji saya dengan kemalangan berat ini.

“Ini pertama kali saya terbabit dalam kemalangan mengorbankan nyawa dan sebagai pemandu bas, sudah tentu saya rasa sangat bersalah.

“Saya hanya mampu meminta maaf kepada semua dan serahkan kepada pihak polis,” katanya yang berasal di Besut, Terengganu dan kini menunggu untuk menjalani pembedahan di tangan kiri.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut UPSI berpunca daripada bas dinaiki terlanggar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza, sebelum terbalik.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat