KUALA LUMPUR – Lawatan rasmi pertama Presiden Poland, Andrzej Duda Kancelaria Prezydenta RP ke Malaysia dijangka akan merintis jalan ke arah pengukuhan sinergi sedia.
Selain itu bakal meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, pertanian, sektor halal dan agrokomoditi, pelancongan, serta pendidikan, demi manfaat dan kemajuan bersama-sama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan ini amat signifikan dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meluaskan kerjasama strategik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
“Pagi tadi saya meraikan Presiden Poland, Andrzej Duda Kancelaria Prezydenta RP yang sedang dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia.
“Menariknya, lawatan Presiden Duda ini berlangsung selari dengan posisi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan Poland selaku Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) bagi separuh pertama tahun 2025.
“Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Presiden pada Ogos 2015, sekali gus mencerminkan hubungan erat dan mesra yang telah terbina antara kedua-dua negara sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1971, berlandaskan prinsip saling menghormati,” kata Anwar.
Menurut Perdana Menteri lagi, setibanya di Perdana Putra, Presiden Duda dan delegasi beliau telah diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
“Lawatan ini dijangka akan merintis jalan ke arah pengukuhan sinergi sedia ada serta meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, pertanian, sektor halal dan agrokomoditi, pelancongan, serta pendidikan, demi manfaat dan kemajuan bersama,” ujarnya.