Kemboja setuju berundur dari kawasan pertikaian, sedia reda ketegangan

- Advertisement -

BANGKOK – Tentera Kemboja bersetuju untuk berundur dari kawasan yang menjadi pertikaian dan bersedia mengadakan rundingan dengan Thailand.

Langkah itu berikutan peningkatan tekanan dari Thailand melalui penutupan pusat pemeriksaan sempadan dan gangguan capaian internet.

Jurucakap Tentera Diraja Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suwaree berkata, pihak Kemboja diketuai Komander Divisyen Sokongan Ketiga menjemput Thailand, diwakili Komander Pasukan Petugas Suranaree, untuk berbincang mengenai isu pencerobohan sempadan di kawasan pertikaian Chong Bok, Ubon Ratchathani.

Dalam rundingan awal tersebut, kedua-dua pihak mencapai persetujuan penting, dengan tentera Kemboja bersetuju untuk berundur ke kedudukan asal mereka, menjauhi lokasi pertembungan dan kembali ke dalam wilayah negara itu.

Selain itu, Kemboja juga bersetuju untuk menimbus semula parit yang digali bagi memulihkan kawasan tersebut kepada keadaan asal mengikut cadangan Thailand dalam usaha meredakan ketegangan dan menggalakkan kerjasama dua hala.

Suwaree berkata, kedua-dua negara turut bersetuju untuk menggunakan mekanisme Jawatankuasa Sempadan Tempatan sebagai saluran untuk membincangkan pengurusan kawasan itu secara berterusan.

Rundingan tersebut berlangsung selepas Tentera Diraja Thailand memperketat kawalan di sembilan daripada 16 pusat pemeriksaan di sempadan dengan Kemboja.

Antara pusat pemeriksaan yang terjejas adalah lintasan Ban Khlong Luek di daerah Aranyaprathet Sa Kaeo, yang terletak di bawah bidang kuasa Wilayah Tentera Pertama.

Lintasan itu kini hanya boleh diakses antara 8 pagi hingga 4 petang, berbanding 6 pagi hingga 10 malam sebelum ini, lapor Agensi.

Setakat Ahad, rakyat Thailand dilarang menyeberangi sempadan ke Poipet, yang terkenal dengan kasino.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat