Anwar, kenapa cuba elak bicara di mahkamah? – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya cuba mengelak daripada dihadapkan ke mahkamah dengan dakwaan bahawa Perlembagaan memperuntukkan immunity (kekebalan) bagi Perdana Menteri.

“Kenapa cuba elak dari dibicara di mahkamah? Kerana Datuk Seri Anwar tahu dirinya akan didapati bersalah.

“Kalau tetap menang tentulah lebih baik jika mahkamah mendapati dirinya tidak bersalah.

“Kalau diberi immunity berkenaan satu kes, tak akan kes lain tidak immune. Tentu immune punya. Jadi Perdana Menteri boleh bunuh orang pun okeylah,” bidas bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau lagi, di Malaysia pelaksanaan undang-undang pilih bulu.

“Bagi satu orang yang mahkamah tinggi sudah hukum salah, hukuman tidak dilaksana kerana konon menunggu keputusan rayuan (appeal). Apabila appeal court juga mendapati ia salah, masih juga hukuman tidak dilaksana.

“Bagi orang lain sebelum pun dibicara di mahkamah, hanya semasa siasatan, mereka akan dimasuk dalam tahanan berbulan-bulan, harta dirampas, keluarga ditekan. Pendek kata sebelum pun didapati bersalah sudah dihukum, didera. Itu bagi orang lain.

“Jelaslah walaupun tertakluk kepada undang-undang yang sama tetapi pelaksanaan tidak sama. Memang benar dalam kes seperti membunuh atau mengedar dadah, yang dituduh boleh dimasuk dalam tahanan sementara siasatan dibuat. Tetapi kerap juga kes yang tidak serius, dimasuk dalam tahanan juga. Kemudian dibebas tanpa sebab.

“Inilah reformasi yang dilaung, dijanji. Jelaslah siapa kaki bohong,” dakwa Dr Mahathir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat