WHO Beri Amaran Tiga Subvarian Omicron Berpotensi Sebabkan Jangkitan Lebih Teruk

- Advertisement -

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai kemunculan tiga subvarian Omicron yang berpotensi menyebarkan virus Covid-19 dengan lebih pantas, demikian menurut kenyataan Pusat Genom Perubatan (CMG) Hospital Ramathibodi.

Menurut laporan akhbar Bangkok Post, subvarian BA.4, BA.5 dan BA.2.12.1 boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk berbanding strain asal Omicron.

CMG berkata, WHO dan ramai saintis di seluruh dunia telah memantau tiga sub-varian di Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (AS) selama berminggu-minggu bagi mendapatkan kesimpulan tersebut.

Bulan lalu, saintis Afrika Selatan mengenal pasti subvarian BA.4 dan BA.5 di sana, dan eksperimen makmal menunjukkan strain berkenaan boleh menjangkiti semula mereka yang pernah dijangkiti Omicron asal.

Angka menunjukkan terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit yang dijangkiti oleh subvarian itu dan dimasukkan ke hospital di kedua-dua negara.

Bagaimanapun, tiada peningkatan kematian dicatatkan.

Selain itu, beberapa laporan lain turut mengatakan bahawa sub-varian itu mempunyai kapasiti untuk menembusi perlindungan imuniti yang diperoleh daripada suntikan vaksin. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat