Malaysia dan ASEAN cari penyelesaian saling menguntungkan dalam ketidaktentuan tarif Trump

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN yang dipengerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pagi ini komited untuk mencari penyelesaian yang saling menguntungkan dalam isu perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata tiada yang pasti tentang tarif Trump, selain ketidakpastian.

“AS sekali lagi mengubah dasar tarifnya, menangguhkan kenaikan untuk banyak negara tetapi meningkatkan tekanan ke atas China.

“Saya mengalu-alukan langkah ini, namun pada masa yang sama kita perlu mengakui bahawa ketidaktentuan ini menimbulkan persoalan tentang hala tuju perdagangan global dan impaknya kepada ASEAN.

“Perubahan terkini ini pastinya antara topik perbincangan dalam Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN yang akan saya pengerusikan pagi ini,” katanya di Facebook pada Khamis.

Menurut Tengku Zafrul, Malaysia sedang giat menilai implikasi daripada perubahan-perubahan ini dan kekal komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan ASEAN dalam mengurangkan gangguan, memperkukuhkan daya tahan ekonomi serantau, dan memperjuangkan hubungan perdagangan yang seimbang serta stabil.

“Perpaduan ASEAN dan integrasi ekonomi serantau akan menjadi lebih penting berbanding sebelum ini, dan kami mengalu-alukan sokongan daripada rakan-rakan yang berkongsi visi ini dan mahu melihat kita semua berjaya.

“Malaysia sentiasa menjadi dan akan terus menjadi rakan perdagangan dan pelaburan yang terbuka kepada semua negara, termasuk China dan AS. Kami komited untuk mencari penyelesaian yang saling menguntungkan dalam isu perdagangan dengan AS,” kata beliau.

Tengku Zafrul memberitahu, Malaysia juga akan meneruskan strategi sedia ada untuk mempelbagaikan perdagangan dan meneroka pasaran baharu, serta memperdalam hubungan dengan pasaran sedia ada, sebagai langkah berwaspada terhadap ketidaktentuan semasa.

“Kita juga akan meningkatkan usaha dalam agenda pembaharuan ekonomi negara untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing.

“Keutamaan kami adalah untuk mengharungi landskap yang sentiasa berubah ini sambil melindungi kemakmuran ekonomi negara kita,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat