Pengampunan Diraja Untuk Najib Ikut Prosedur Perundangan, Tiada Desakan Politik – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Hasrat Umno mempersembah permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pertimbangan pengampunan kepada bekas Presiden parti itu Datuk Seri Najib Tun Razak adalah mengikut prosedur perundangan sedia ada dan tiada desakan politik.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya telah mengikuti semua prosedur perundangan sedia ada sebelum membuat rayuan kepada Lembaga Pengampunan untuk memberi pertimbangan itu.

“Kami sebagai sebuah parti politik tentunya mengikut semua prosedur perundangan sedia ada dan apabila prosedur diikuti, ia terserah kepada Lembaga Pengampunan,” katanya di Kelantan semalam lapor Bernama.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya sudah berikhtiar untuk memperoleh tarikh bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tidak seharusnya berbangkit kerana sesiapa sahaja dibenar mengemukakan permohonan bagi memperoleh pengampunan dan semua pihak perlu mematuhi peraturan serta syarat yang ditetapkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat