Netizen Puji Lelaki Dukung Ibu Ketika Ibadah Umrah Di Mekah

- Advertisement -

MEKAH – Sebuah klip video memaparkan aksi seorang lelaki mendukung ibunya ketika melakukan tawaf semasa ibadah umrah, mengundang rasa terharu netizen dengan ramai memuji tindakannya, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Video itu tular di Twitter dan beberapa laman media sosial lain. Ia menunjukkan lelaki berkenaan mengangkat ibunya dan meletakkan wanita tersebut di atas bahu.

Klip video tersebut jelas menunjukkan sikap lelaki itu yang menghormati dan mengambil berat akan keadaan ibunya ketika melakukan tawaf di hadapan Kaabah.

Sementara warga emas tersebut dilihat berada dalam keadaan terharu dan dia turut mengucup kepala anak lelakinya itu ketika diangkat.

Rata-rata netizen memuji sikap lelaki tersebut dengan mengatakan bahawa ia merupakan sebahagian daripada tindakan membalas jasa ibu dan sebagai tanda hormat kepada wanita yang telah membesarkannya sehingga dewasa. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat