Khamis, 20 April tarikh lihat anak bulan Syawal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tarikh bagi melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Khamis, 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijriah dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam berkenaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut di:-

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut di:-

2.1. Pontian Kecil, Johor

r 2.2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

2.3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

2.4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

2.5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan

2.6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

2.7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan

2.8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

2.9. Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah Darul Aman

2.10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman

2.11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman

2.12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu

2.13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

2.14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

2.15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

2.16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

2.17. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

2.18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan

2.19. Pusat Falak Miri, Sarawak

2.20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

2.21. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak 2.22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

2.23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

2.24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

2.25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

2.26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

2.27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

2.28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya

2.29. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat