Bantuan Khas Aidilfitri Bagi Penjawat Awam, Pesara Diawalkan Kepada 14 April – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pembayaran Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan akan diawalkan dari 17 April kepada 14 April 2023.

Perdana Menteri berkata, langkah tersebut selari dengan pendekatan pembayaran sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 (STR2) yang sebelum ini turut diawalkan.

“Seperti yang saya janjikan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 (STR2) telah diawalkan mulai 5 April 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.

“Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM1.26 bilion yang memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima daripada golongan B40.

“Alhamdulillah, proses dimudahkan dengan pembayaran dikreditkan terus ke akaun bank penerima. Manakala penerima yang tiada akaun boleh membuat penunaian di semua cawangan BSN.

“Maka, mengambil pendekatan yang sama bagi membantu rakyat membuat persiapan menyambut Aidilfitri, Kerajaan memutuskan agar Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri (BKKA) juga diawalkan pada minggu ini, iaitu selewat-lewatnya 14 April 2023 (Jumaat).

“Kerajaan juga telah memutuskan bayaran BKKA kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak, akan dibuat bersama dengan bayaran emolumen bulan April dan diawalkan ke 14 April 2023 daripada 17 April 2023. Bayaran BKKA untuk pesara juga akan diawalkan ke 14 April 2023,” ,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat