Pelakon Ruhanies minta maaf kepada peminat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon Ruhainies yang telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas dakwaan berkhalwat dengan Aliff Aziz meminta maaf di atas apa yang telah berlaku.

Menerusi hantaran di Instagram story miliknya, dia memohon peminatnya menunggu penjelasan darinya.

Jelasnya lagi, ada kenyataan yang tidak tepat tersebar di media sosial mengenai dirinya.

“Assalamualaikum, bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan disemua platform sosial media, saya dengan rendah diri ingin menyatakan disini, ada beberapa kenyataan kurang tepat telah tersebar,

“Walaubagaimanapun saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi,

“Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan dari kekeliruan dan salah faham, InsyaAllah,” tulis Ruhainies.

 

Terdahulu, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dilaporkan telah ditangkap khalwat dengan Ruhainies.

Menurut laporan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), penangkapan dilakukan di sebuah kondominium mewah awal pagi semalam.

Pelakon dan penyanyi yang juga berstatus suami kepada penyanyi terkenal itu sedang sibuk melakukan penggambaran sebuah drama bersama pelakon wanita terbabit.

Operasi dijalankan pada 10.30 malam dan pihak penguatkuasa terpaksa menunggu selama 3 jam sebelum Aliff memberi kerjasama untuk membuka pintu rumah.

Namun, dua selebriti itu dibebaskan dengan jaminan, sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dijangka dalam tempoh terdekat.

Aliff dan Ruhainies juga bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar pukul 2 petang tadi.

 

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat