Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama rai ulang tahun ke-30

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Khazanah Nasional (Khazanah) telah melancarkan program komuniti #BerbudiBersama yang bertempat di Taman Tugu Lawn bersempena ulang tahun Khazanah ke-30 pada tahun ini.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, pelancaran ini bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun Khazanah, malah ia menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di Malaysia.

Menurutnya melalui inisiatif itu, Khazanah, entiti gabungannya dan syarikat berkaitan Khazanah (KLC) berharap dapat menjalin hubungan dengan masyarakat, menggalakkan kerjasama dan mampu melahirkan impak.

“Aktiviti-aktiviti melalui #BerbudiBersama adalah selaras dengan tonggak kemasyarakatan Khazanah iaitu mencuba kapasiti dan mencipta peluang, pembangunan komuniti, pemeliharaan alam sekitar dan pemeliharaan kesenian, warisan dan budaya.

“Dengan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan di seluruh negara, kami berhasrat untuk memperkasakan komuniti, meraikan warisan yang dikongsi bersama dan mencipta impak positif yang berkekalan untuk semua rakyat Malaysia.

“Kami berasa gembira untuk memulakan perjalanan ini dan percaya bahawa melalui usaha bersama, kita mampu membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang,” katanya.

Tambahnya, program ini memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat melalui pelbagai aktiviti seperti peluang peningkatan kemahiran, sesi celik kewangan, bimbingan keusahawanan dan bengkel pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

Perasmian #BerbudiBersama disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir selaku tuan rumah.

Turut hadir pada Majlis Perasmian berkenaan ialah Ahli Lembaga Pengarah Khazanah dan Amanah Warisan Negara (AWAN), dan perwakilan utama lain dari Yayasan Hasanah, Think City, Taman Tugu dan KLC.

Untuk rekod, pelancaran ini adalah permulaan kepada siri program jangkauan komuniti yang akan berlangsung di seluruh negara.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat