Projek di Indonesia serta Sabah dorong pertumbuhan pendapatan Ranhill bagi FY23 – RHB Investment

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Prospek Ranhill Utilities Berhad kekal cerah dan akan terus mencatatkan pertumbuhan pendapatan untuk tahun kewangan 2023 (FY23), menurut RHB Investment Research.

Katanya, hal ini berikutan beberapa perkembangan yang perlu diberi perhatian iaitu projek air sumber ke paip Indonesia dan stesen janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) 100MW (megawatt) di Sabah.

Firma itu berkata, penilaian tidak banyak tuntutan kerana saham didagangkan pada -1SD daripada purata P/E 5 tahun, dengan pertumbuhan pendapatan disokong oleh kenaikan tarif air Johor dan penambahan kerja perkhidmatan yang stabil.

Anak syarikatnya, Ranhill SAJ Sdn Bhd akan mengiktiraf pengebilan air tambahan untuk tempoh Ogos hingga Disember 2022 pada FY23 bernilai sekurangnya RM10 juta dalam pendapatan, katanya.

Menurut firma penyelidikan itu, Ranhil SAJ mempunyai insentif pengurangan air bukan hasil (NRW) untuk tahun kewangan 2022 justeru kumpulan itu yakin ia akan memperoleh insentif tersebut dalam FY23.

Sementara itu, segmen perkhidmatan Ranhill mempunyai buku pesanan sebanyak RM862 juta pada 31 Disember 2022 yang mempunyai keterlihatan pendapatan untuk tiga tahun.

Di dalam notanya hari ini, RHB Investment berkata, buku tender segmen itu berjumlah RM1.5 bilion dengan 75% daripada bidaan di bawah Ranhill Worley berkemungkinan tertumpu pada kontrak berkaitan minyak dan gas, di mana kontrak baharu bernilai kira-kira RM540 juta diperoleh pada FY22 terdiri daripada kerja tempatan dan luar negara.

“Kami percaya momentum ini akan berterusan pada FY23 dan menurut Rystad Energy, aktiviti minyak dan gas luar pesisir semakin baik dengan pelaburan projek baharu berjumlah AS$214 bilion yang disediakan secara global,” katanya.

Firma itu berkata, prospek Ranhill termasuk projek air sumber ke paip Djuanda Indonesia dengan anggaran perbelanjaan modal AS$700 hingga 800 juta, di mana semakan akhir kebolehlaksanaan sedang berjalan sebelum diserahkan kepada kerajaan Indonesia.

Selepas itu, tambahnya, status pemula akan diberikan kepada konsortium diketuai oleh Ranhill sebaik sahaja diterima dan membolehkannya membida projek tersebut melalui tender awam.

“Pemangkin penarafan semula Ranhill akan menjadi potensi peningkatan dalam pembayaran dividen FY23 sekiranya kumpulan itu menggunakan sebahagian hasil tunai daripada insentif pengurangan NRW, ditambah dengan pemerolehan projek besar untuk perkhidmatan kejuruteraan, terutamanya dari luar negara yang mungkin mendorong jumlah projek baharu melebihi penambahan semula RM550 juta kami bagi FY23,” ulasnya.

Oleh itu, RHB Investment mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) dinaikkan kepada 68 sen.

-DagangNews.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat